Papar, Sabah – Acara sukan lasak Kawang Tropical Adventure Race 2025 telah berjaya dianjurkan pada 21 September 2025 di Mondikot Deer Camp, Kinarut, Papar, menghimpunkan lebih 200 peserta dari Sabah, Semenanjung Malaysia, dan Brunei Darussalam. Kehadiran peserta luar Sabah membuktikan daya tarikan acara ini sebagai platform pengembaraan
bertaraf serantau.
Kategori Perlumbaan
Edisi kali ini menampilkan tiga kategori utama:
Team Adventure (2 orang) – Larian ➝ Baton Pass ➝ Berbasikal ➝ Orienteering
Solo Trail Run 18KM (Men & Women Open)
Fun Trail 5KM
Lokasi asal di Hutan Lipur Kawang terpaksa dipinda ke Mondikot Deer Camp berikutan faktor cuaca, tanah runtuh serta kerosakan jambatan gantung yang turut menyebabkan segmen Stand Up Paddle (SUP) dibatalkan. Walaupun begitu, acara tetap berjalan lancar hasil kecekapan En Auther Kimon selaku Race Director dan pasukan teknikal berpengalaman.
Objektif Acara
Penganjuran ini membawa beberapa matlamat penting, antaranya:
- Mempromosikan Papar sebagai destinasi pelancongan pengembaraan melalui tarikan
semula jadi seperti Hutan Simpan Kawang, Mondikot Deer Camp, dan AA Campsite. - Merancakkan ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan, penglibatan komuniti, serta
kerjasama bersama perniagaan kecil dan jenama tempatan. - Menyediakan platform kompetitif yang mencabar ketahanan fizikal dan mental atlet
pengembaraan serta generasi muda. - Mengangkat nama Kawang, Kinarut, dan Papar sebagai destinasi pelancongan berasaskan
alam. - Menyokong Visit Malaysia 2026 dengan memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam
pelancongan sukan dan pengembaraan.
Pemenang Utama
18KM Trail Run (Women Open)
- Joan Eve Dominic – 1:29:23
- Nurzafera Binti Azhar – 1:58:27Jassica Binti Lintaga – 2:03:15
18KM Trail Run (Men Open)
- Sheron Sariman – 1:07:18
- Oswald Maikol – 1:07:49
- Wilsen Sinngin – 1:13:05
Mixed Team - Kolumpa 2 – Johnie Ngongoloy & Natahsya Soon – 2:35:59
- Lefthanded Overlander – Dazeree Joan Joannes & Mohd Fairullizam AG Abu Bakar –
2:36:22 - Eagle City – Janior Frigilina & Mailin Ripau – 2:37:30
Men Team - BT Ninenty – Mohd Azri Muhamad Chung & Azizan Ayub – 2:03:32
- Old Model – Dydimus Talaji & Vilbon Madilah – 2:28:20
- NBR – Christantine Christer Mattan & Muhammad Nor Mansor – 2:36:04
Hadiah
Trail Run 18KM (Men & Women Open): Wang tunai RM600 – RM150 untuk lima tempat teratas.
Fun Trail 5KM: Hamper untuk Top 3.
Team Adventure (Men & Mixed Team): Wang tunai RM1,600 – RM600 untuk lima tempat
teratas.
Quote En Auther J Kimon, Race Director, Event Finder KK:
“Kejayaan acara ini adalah hasil kerjasama padu peserta, komuniti dan rakan penaja. Ia sekali gus membuktikan Papar memiliki potensi besar sebagai destinasi pengembaraan, bukan sahaja di peringkat tempatan malah antarabangsa.”
Sokongan & Penaja
Acara ini dianjurkan oleh Event Finder KK dengan sokongan daripada:
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah, Jetama Sdn. Bhd., Sabah Energy Corporation, Tourism Malaysia, Borneo Rainforest Lodge, Sabah Tourism, Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah dan Hello Sabah.
Edisi Akan Datang: Menuju Visit Malaysia 2026
Penganjur turut mengumumkan bahawa edisi seterusnya, Kawang Tropical Adventure Race 2.0, akan berlangsung pada 12 – 13 September 2026, bersempena dengan Visit Malaysia 2026. Acara itu dijangka menarik lebih ramai peserta antarabangsa sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai hab pelancongan sukan lasak di rantau ini.
Untuk pertanyaan media:
En Auther J Kimon
Race Director, Event Finder KK
Tel No: 0138860080



