Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Lawat Kadaiku, Ketengahan Produk Tempatan dan Kraftangan Sabah

KOTA KINABALU, 18 Ogos 2026: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Jafry Ariffin, mengadakan lawatan ke Kadaiku di lokasi baharunya di Api-Api Centre, Kota Kinabalu yang dimiliki dan diuruskan oleh Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd. (SPS), sebuah anak syarikat Lembaga Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Board) yang telah berpindah ke Api-Api Centre dari premis terdahulu di Sinsuran, Kota Kinabalu.

Ketibaan beliau disambut oleh Hady Syam, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pelancongan Sabah, bersama Faizal Jaini, Pengurus Kadaiku. Dalam lawatan tersebut, beliau turut diberikan taklimat mengenai operasi Kadaiku serta peranannya sebagai platform untuk mengetengahkan kraftangan, produk tempatan dan cenderamata buatan Sabah.

Datuk Jafry berkata produk tempatan memainkan peranan penting dalam melengkapkan pengalaman pelancongan Sabah kerana ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali budaya, kreativiti dan identiti negeri ini melalui hasil karya pengusaha serta usahawan tempatan.

“Produk tempatan kita membawa cerita tentang Sabah melalui budaya, hasil seni dan kreativiti masyarakatnya. Kadaiku menyediakan platform untuk mendekatkan produk-produk ini kepada pengunjung, di samping memberikan pendedahan yang lebih luas kepada usahawan tempatan,” katanya.

Sementara itu, Hady berkata Sri Pelancongan Sabah akan terus memperkukuhkan peranan Kadaiku sebagai platform yang menghubungkan pengusaha tempatan Sabah dengan pasaran pelancongan.

“Melalui Kadaiku, Sri Pelancongan Sabah terus mengetengahkan kraftangan, produk tempatan dan usahawan Sabah dengan menyediakan platform yang dapat meningkatkan keterlihatan produk, mewujudkan peluang komersial serta mendekatkan produk asli Sabah kepada para pengunjung,” katanya.

Kadaiku menawarkan pelbagai pilihan produk buatan Sabah, termasuk kraftangan tradisional, cenderamata berinspirasikan identiti tempatan, produk makanan, barangan hadiah serta hasil kontemporari daripada usahawan tempatan.

Perpindahan Kadaiku ke Api-Api Centre turut membuka peluang untuk memperkukuhkan kehadirannya serta menjadikan produk buatan Sabah lebih mudah diakses oleh masyarakat tempatan, pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke Kota Kinabalu.

Menjelang Tahun Melawat Sabah 2027, platform seperti Kadaiku turut melengkapi usaha memperkayakan pengalaman pengunjung dengan menggalakkan mereka mengenali, menghargai dan membeli produk tempatan, sekali gus memberi manfaat kepada pengusaha, penggiat kraftangan dan usahawan Sabah.

YB Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (tengah) bersama Hady Syam Hj Nureddin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd (SPS) (kiri), Fidelis Francis Andam, Ketua Pegawai Operasi (COO) Sri Pelancongan Sabah (kanan), Mohamad Faizal Jaini, Pengurus Kanan Kadaiku, serta kakitangan Kadaiku, melawati premis baharu Kadaiku di Api-Api Centre, Kota Kinabalu.

Share this post :

Facebook
X
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News
Categories

Subscribe our newsletter

Purus ut praesent facilisi dictumst sollicitudin cubilia ridiculus.