by Shamiera Auther & Jazwiin
BAS.my is officially operating in Kota Kinabalu, offering a modern and organized transit experience for everyone.
📍 Starting Point: KK Sentral
All routes officially begin at KK Sentral. Head to the main hub to catch your bus and start your journey across the city.
100% Cashless Payments
For a smoother boarding process, BAS.my is fully cashless. Choose the method that works best for you:
- Debit/Credit Cards: Simply tap your contactless Visa or Mastercard.
- Concession Cards (FREE!): Available for Students, Seniors, and OKU. – One-off registration is required and can be done at the kiosk located in KK Sentral, with an optional physical pink card available for RM10.
- QR DuitNow: Scan the onboard QR code and show the digital receipt to your driver.
📝 How to Hop On
- Board through the front door.
- Tap In: Tap your card or scan your QR code immediately upon boarding.
- Request Stop: Press the bell before you reach your destination.
- Tap Out: Don’t forget to tap your card again before exiting!
Note: Failing to tap out may result in a maximum fare charge. - Exit safely through the middle doors
—–
Sistem pengangkutan awam di ibu negeri Sabah kini memasuki era baharu dengan pengenalan bas.my, satu inisiatif yang dilihat mampu mengubah cara masyarakat bergerak di sekitar bandar ini.
Perkhidmatan bas moden ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem lama yang sekian lama dikaitkan dengan jadual tidak menentu dan laluan yang kurang tersusun. Kini, penduduk di Kota Kinabalu boleh menikmati perkhidmatan bas yang lebih sistematik, selesa dan menepati masa.
Pelaksanaan BAS.MY merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan pengangkutan awam negara yang diselia oleh Prasarana Malaysia Berhad, dengan matlamat meningkatkan mobiliti rakyat serta mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.
Hab utama operasi perkhidmatan ini terletak di KK Sentral, yang berfungsi sebagai pusat pengangkutan bagi beberapa laluan penting di sekitar bandar. Setakat ini, beberapa laluan utama telah diperkenalkan secara berperingkat, dengan perancangan untuk diperluaskan pada masa hadapan.


(Gambar rajah laluan yang dilalui oleh Bas.My sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Sumber: BAS.My)
Apa yang membezakan BAS.MY dengan sistem terdahulu ialah penggunaan bas moden yang dilengkapi penghawa dingin, kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU), serta sistem penjejakan global (GPS) bagi memastikan perjalanan lebih efisien dan selamat.
Selain itu, perkhidmatan ini turut memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai yang membolehkan pengguna membuat bayaran menggunakan kad debit atau kredit, serta platform digital seperti DuitNow. Langkah ini dilihat selari dengan usaha pendigitalan negara dan memudahkan urusan pengguna harian.
Dari segi kos, BAS.MY menawarkan tambang yang berpatutan, termasuk pas bulanan bagi perjalanan tanpa had. Malah, golongan tertentu seperti pelajar, warga emas dan OKU turut menikmati kemudahan tambang percuma atau kadar konsesi, sekali gus menjadikan perkhidmatan ini lebih inklusif.

(Orang awam sedang mendaftar untuk mendapatkan kad konsesi di kaunter BAS.My yang terletak di KK Sentral, Kota Kinabalu)
Bagi penduduk tempatan, kehadiran BAS.MY memberi alternatif lebih ekonomik dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, khususnya melibatkan harga bahan api. Pada masa sama, sistem ini turut menyumbang kepada pengurangan kesesakan lalu lintas serta pencemaran alam sekitar di bandar.
Walaupun begitu, pelaksanaan awal BAS.MY tidak terlepas daripada cabaran. Antaranya termasuk tahap kesedaran awam yang masih rendah serta liputan laluan yang masih terhad. Kekerapan bas juga menjadi antara aspek yang diharapkan dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.
Namun, dengan perancangan berterusan dan sokongan pengguna, BAS.MY diyakini mampu menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, pengenalan BAS.MY bukan sahaja mencerminkan kemajuan infrastruktur pengangkutan di Sabah, malah menjadi simbol perubahan ke arah bandar yang lebih moden, teratur dan mampan.



